Followers

Friday 28 October 2011

Cara Mengubah Diri Ke Arah Kebaikan

 Kita seringkali memikirkan apa yang berada di luar pemikiran kita . Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah . Malah , kita juga berkeinginan untuk berubah , tetapi masih tidak mampu untuk melakukannya .

 Kita mahu negara kita berubah menjadi maju , kita mahu semua orang berubah ,tetapi kita tidak mampu untuk mengubah anak-beranak kita sendiri . Kenapa kita tidak mampu untuk mengubah orang lain ? Sebabnya ialah kita tidak bersungguh-sungguh untuk mengubah diri kita sendiri . Kita tidak akan mampu mengubah orang lain sekiranya kita tidak mampu mengubah DIRI SENDIRI . Oleh itu , kita perlu meneruskan segala usaha kita untuk mengubah diri kita dan membantu orang lain berubah ke arah kebaikan .
Jadi , Bagaimanakah cara untuk mengubah diri dan orang lain ?

1.Ubahlah diri kita dahulu . Kita tidak akan mungkin mampu mengajak orang lain berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama . Jangan jadi seperti 'Ketam mengajar anak berjalan betul' tapi dia sendiri pun tidak betul .

2. Mulakan dengan melakukan perubahan yang kecil dahulu .Perubahan kecil jika kita lakukan selalu akan membantu dan memudahkan kita untuk melakukan perubahan yang besar . Bak kata pepatah ' sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

3. Mulakan sekarang juga . Jangan lakukan kerja bertangguh-tangguh . Semakin lambat kita semakin melarat masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan .

4. Cuba paksa diri anda untuk melakukan diri anda .Lakukan dengan sepenuh hati .Cuba melawan nafsu anda .

5. Belajarlah menghukum diri sendiri . Contohnya , berpuasa sunat jika anda mengumpat orang lain .

6. Ulangi segala kebaikan yang anda lakukan agar sebati dalam diri kita .

Renung-renungkanlah . semoga menjadi iktibar untuk semua orang .Terima Kasih .

Sunday 28 August 2011

Balik kampung Balik kampung

 Assalamualaikum , hye stalker semua , hope korang sihat sejahtera semua . maklumlah , raya dah hampir menjelma . Puasa tahun macam tak rasa plak .

 Baju raya semua dh beli ke ? kuih dah buat ke ? langsir dah tuka ke ? baju raya warna ape tahun ni ? rumah dah cat ke ? rumah dah kemas ke ? kereta dah hantar service ke ? tahun ni beraya kat kampung mane ? baju dah siap packing ke ? puasa dah cukup ke ? kad raya ada hantar ke ? banyak sgt ke aku tnye ? hehehe .

 Kalau seronoknya kalau raya ni , kita semua dapat balik kampung kn ? kesian sape yg xde kampung .
tapi kampung aku dekat je . kalau naik kereta , bontot ni pon x sempat nak panas . HAHAHA .
Kepada sape-sape yang akan balik ke kampung hari raya . berhati-hatilah di jalan raya . baca la doa banyak-banyak . semoga kita selamat sampai ke kampung halaman kita .

  #Pandu cermat jiwa selamat . Ingatlah orang yang tersayang . Hope happy raya tahun , sini ade pantun :

 Tan tan tu keladi waa waa ,
dalam bontot ade asam jawa ,
Tangan dihulur maaf dipinta ,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya :)