Followers

Friday 28 October 2011

Cara Mengubah Diri Ke Arah Kebaikan

 Kita seringkali memikirkan apa yang berada di luar pemikiran kita . Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah . Malah , kita juga berkeinginan untuk berubah , tetapi masih tidak mampu untuk melakukannya .

 Kita mahu negara kita berubah menjadi maju , kita mahu semua orang berubah ,tetapi kita tidak mampu untuk mengubah anak-beranak kita sendiri . Kenapa kita tidak mampu untuk mengubah orang lain ? Sebabnya ialah kita tidak bersungguh-sungguh untuk mengubah diri kita sendiri . Kita tidak akan mampu mengubah orang lain sekiranya kita tidak mampu mengubah DIRI SENDIRI . Oleh itu , kita perlu meneruskan segala usaha kita untuk mengubah diri kita dan membantu orang lain berubah ke arah kebaikan .
Jadi , Bagaimanakah cara untuk mengubah diri dan orang lain ?

1.Ubahlah diri kita dahulu . Kita tidak akan mungkin mampu mengajak orang lain berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama . Jangan jadi seperti 'Ketam mengajar anak berjalan betul' tapi dia sendiri pun tidak betul .

2. Mulakan dengan melakukan perubahan yang kecil dahulu .Perubahan kecil jika kita lakukan selalu akan membantu dan memudahkan kita untuk melakukan perubahan yang besar . Bak kata pepatah ' sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

3. Mulakan sekarang juga . Jangan lakukan kerja bertangguh-tangguh . Semakin lambat kita semakin melarat masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan .

4. Cuba paksa diri anda untuk melakukan diri anda .Lakukan dengan sepenuh hati .Cuba melawan nafsu anda .

5. Belajarlah menghukum diri sendiri . Contohnya , berpuasa sunat jika anda mengumpat orang lain .

6. Ulangi segala kebaikan yang anda lakukan agar sebati dalam diri kita .

Renung-renungkanlah . semoga menjadi iktibar untuk semua orang .Terima Kasih .

Sunday 28 August 2011

Balik kampung Balik kampung

 Assalamualaikum , hye stalker semua , hope korang sihat sejahtera semua . maklumlah , raya dah hampir menjelma . Puasa tahun macam tak rasa plak .

 Baju raya semua dh beli ke ? kuih dah buat ke ? langsir dah tuka ke ? baju raya warna ape tahun ni ? rumah dah cat ke ? rumah dah kemas ke ? kereta dah hantar service ke ? tahun ni beraya kat kampung mane ? baju dah siap packing ke ? puasa dah cukup ke ? kad raya ada hantar ke ? banyak sgt ke aku tnye ? hehehe .

 Kalau seronoknya kalau raya ni , kita semua dapat balik kampung kn ? kesian sape yg xde kampung .
tapi kampung aku dekat je . kalau naik kereta , bontot ni pon x sempat nak panas . HAHAHA .
Kepada sape-sape yang akan balik ke kampung hari raya . berhati-hatilah di jalan raya . baca la doa banyak-banyak . semoga kita selamat sampai ke kampung halaman kita .

  #Pandu cermat jiwa selamat . Ingatlah orang yang tersayang . Hope happy raya tahun , sini ade pantun :

 Tan tan tu keladi waa waa ,
dalam bontot ade asam jawa ,
Tangan dihulur maaf dipinta ,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya :)

Friday 19 August 2011

Hari ke-20 dalam bulan Ramadan

 Assalamualaikum semua ! Ape khabar semua ? hope semua dalam keadaan sihat sejahtera . Sebenarnya malas nak update blog ni . Tapi tengah bosan terpaksa la jugak update blog ni . 


 Hari ni dah hari yg ke-20 kita dalam bulan ramadan . Cepat sungguh masa berlalu . Aku bagaikan tidak sedar masa telah berlalu begitu pantas . Hari ini juga merupakan hari yang cukup indah . Pagi-pagi hujan dah mula turun dengan lebatnya  . Diselangi dengan bunyi guruh yang sabung-menyabung . Udaranya sungguh nyaman dan segar . Burung-burung berkicauan dan juga bunyi air hujan yg jatuh menghilangkn bunyi bising yg selalu kedengaran .Sungguh gembira hatiku . Tambahan pula , hari ini hari sabtu . Syok dapat tidur .


 Tapi  !!


 Tapi ape ?






 Hari ini adalah 10 hari terakhir dalam bulan ramadan . Tidak lama lagi dah nak menyambut Hari Raya Aidilfitri . Selain itu , dalam 10 hari terakhir inilah akan ada satu malam yg dinamakan Malam Lailatulqadar . Pada malam ini doa kita akan diperkenankan . Amin 


# Berdoalah semoga kita akan bertemu semula bulan ramadan pada tahun hadapan kerana tiada siapa tahu ajal kita . Renung-renungkanlah :)

Monday 8 August 2011

Budak Gendud

hai semua :) . sedar x sedar hari ni dh 8 hari puasa . mmg x sangka cepat sungguh masa berlalu . x lama lagi dh nak Raya dh . hari ini aku nk story tentang sorang budak tu . Dye baek sgt dgn aku . ni ha budak nye . errr ! comel ke ? HAHAHAHA :D



Nurul Nabila


 Dye ni cousin jiran aku . mule-2 bukan maen malu lagi dye .HAHAHAHA . tapi sekarang dh x malu sgt dh . makin ngade lagi ade la . tahun ni dye nk PMR . Semoga berjaya dalam PMR tahun ini sayang . semoga dapat keputusan yang cemerlang . Harap kita bole jumpe lagi  lain kali . Kbai :)


  #aku sayang kau la budak gendud <3 <3 <3

Monday 1 August 2011

Hari Kedua Puasa .

hai semua . hari ini second day kita puasa .blog aku dah berwajah baru kan ? pewwwit Ade sorang budak tu yang comel nak tolong editkan . Err Comels ke ? Ngee ;D Nia dia budak nya :
FARAH HARUN :)

semalam tade la penat sangat .alhamdulilah , aku dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna .siap boleh main bola lagi dengan abang aku :)
mase dah berbuka , aku & family masih kat luar rumah lagi .lepas dengar azan , teros lari masuk . okayyy Excited :) memang sedap la kan nasi ayam mak aku masak semalam . harap-2 mak masak sedap lagi untuk hari ni :)
#puasa puasa jugak , solat jangan tinggal  Kbai :)


selamat berpuasa umat islam

Hye semua , lama gila kot aku tak update blog . rasa malas ada . rasa bosan pon ada layan blog nih . tapi hari ini aku tetap nak update . Hahahahaha
pejam celik pejam celik hari ni dah puasa . aku rasa cepat je masa berlalu . tak lama lagi nak raya kan ? 3exciter nak raya , puasa pon belom habis :)
penat gila kalau puasa time sekolah . kena hadap buku la . hadap cikgu la . tapi takpe , ni semua dugaan yang penuh dengan barakah . Amboi ayat :) Hikhik Jangan lupa sembahyang terawih . solat jawib diutamakan dahulu :)


isini aku ingin memberitahu beberapa adab berpuasa di sepanjang bulan ramadan :


a. Sahur
Dari Anas r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Bersahurlah ; karena di dalam santap sahur itu terdapat barakah.”
b.      Menahan diri agar  tidak  melakukan  perbuatan  yang  sia-sia,  perkataan  kotor dan  semisalnya yang termasuk hal-hal yang bertentangan dengan ma’na puasa
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Apabila seorang diantara kamu bepuasa, maka janganlah mengeluarkan perkataan kotor, jangan berteriak-teriak dan jangan pula melakukan perbuatan jahiliyah; jika ia dicela atau disakiti oleh orang lain, maka katakan, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa,”
c.  Rajin melaksanakan berbagai kebajikan dan tadarus al-Qur’an
Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata, “Adalah Nabi saw. orang yang paling dermawan dalam hal kebajikan, lebih dermawan lagi manakal Beliau berada dalam bulan Ramadhan ketika bertemu dengan (malaikat) Jibril. (Malaikat Jibril’alaihisalam bertemu dengan beliau setiap malam pada bulan Ramadhan sampai akhir bulan, Nabi saw. membaca al-Qur’an di hadapannya. Maka apabila Beliau bertemu dengan (Jibril) beliau menjadi orang yang lebih dermawan dalam hal kebaikan daripada angin kencang yang dikirim.” 
d.  Segera Berbuka
Dari Sahl bin Sa’ad r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Orang-orang (umat Islam) senantiasa berada dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka.”
e. Berbuka seadanya sebagaimana yang disebutkan dalam hadits berikut  ini: Dari Anas r.a. ia berkata, “Adalah Rasulullah saw. biasa berbuka dengan beberapa biji ruthab (kurma masak yang belum jadi tamr) sebelum shalat maghrib; jika tidak ada (juga), maka Beliau minum beberapa teguk air.”



Friday 15 April 2011

PHOTOKELAPA .

HEHEHEHEHE ! dah lama gila aku tak update blog aku ni . bukan aku tak ada masa , cuma aku tak ada idea nak tulis apa kt POST baru aku . Banyak perkara yang telah berubah dalam diri aku . kadang-kadang aku macam tak perasan yg sebenarnye semakin hari aku semakin membesar dan fikiran aku semakin bertambah matang . Mungkin cuma perangai aku yg tak berubah kot . HAHAHAHA . 
Sekarang ni aku sungguh berminat dalam bidang FOTOGRAFI . Aku memang suka dalam bab edit-edit gambar ni . aku rasa sungguh tenang kalau aku dapat edit gambar orang . Kadang-kadang aku boleh lupa semua masalah aku dengan edit gambar-gambar orang .Mybe korang suma ingat kalau orang tu suka edit-edit gambar orang tu mesti ade KAMERA DSLR  kn ? tapi aku tak ada pon kamera tu . Mahal tu weyh . Kumpul duit setahun pon belum tentu dapat beli kot . Aku harap aku akan dapat memiliki kamera tersebut suatu hari nanti . Kat sini aku nak tunjukkan hasil kerja editing aku yang aku namakan PHOTOKELAPA .







Inilah semua hasil kerja aku . Ade banyak lagi . Tak muat aku nk letak semua kt sini . Kalau korang nak tengok . Korang boleh tengok kt FB aku . Ehh Shahrul . Kalau dah tengok tu jangan lupe like dan komen ye . HEEEEE ! bye !

Friday 25 February 2011

Bermula Lha Hidop Sebagai Seorang Blogger

hari ini adalah hari pertama aq buat blog ni . kawan² sume dh lame buat blog . aq saje mlas nk buat blog ni . lame² aq tngk dyeorg buat blog ni mcm syok je . aq pon try lha . mybe blog ini untuk release kn tension dn luahkn segala perasaan yg terbuku dalam diri kita semua . aq harap korang suke lha tengok blog aq ni . jangan lupe FOLLOW tau . U follow me . I follow u back .THANK  .