Followers

Friday 19 August 2011

Hari ke-20 dalam bulan Ramadan

 Assalamualaikum semua ! Ape khabar semua ? hope semua dalam keadaan sihat sejahtera . Sebenarnya malas nak update blog ni . Tapi tengah bosan terpaksa la jugak update blog ni . 


 Hari ni dah hari yg ke-20 kita dalam bulan ramadan . Cepat sungguh masa berlalu . Aku bagaikan tidak sedar masa telah berlalu begitu pantas . Hari ini juga merupakan hari yang cukup indah . Pagi-pagi hujan dah mula turun dengan lebatnya  . Diselangi dengan bunyi guruh yang sabung-menyabung . Udaranya sungguh nyaman dan segar . Burung-burung berkicauan dan juga bunyi air hujan yg jatuh menghilangkn bunyi bising yg selalu kedengaran .Sungguh gembira hatiku . Tambahan pula , hari ini hari sabtu . Syok dapat tidur .


 Tapi  !!


 Tapi ape ?






 Hari ini adalah 10 hari terakhir dalam bulan ramadan . Tidak lama lagi dah nak menyambut Hari Raya Aidilfitri . Selain itu , dalam 10 hari terakhir inilah akan ada satu malam yg dinamakan Malam Lailatulqadar . Pada malam ini doa kita akan diperkenankan . Amin 


# Berdoalah semoga kita akan bertemu semula bulan ramadan pada tahun hadapan kerana tiada siapa tahu ajal kita . Renung-renungkanlah :)

No comments:

Post a Comment